Páginas

Tuesday, April 2, 2013


belajar bermain piano






Baiklah mula-mula sekali anda perlu tahu basik key di piano. lihat gambar di bawah ini:


Piano biasa terdiri dari 88 key tetapi keyboard mempunyai key yang lebih sedikit, ada yang mempunyai 76, ada yang 42, hatta 12 key sekalipun ada.TETAPI walaupun sebanyak mana key di piano tersebut basicnya adalah hanya 12 key iaitu C, C# (C sharp)/Db (D flat), D, D#/Eb, E, F, F#/Gb, G, G#/Ab, A, A#/Bb, dan B. Not seterusnya akan kembali kepada C tetapi C bernada yang lebih tinggi.Lihat gambar di bawah. Jadi cara mudah untuk mengenal not-not di piano adalah dengan melihat not hitamnya. jika anda melihat 2 not hitam berdekatan, maka not sebelumnya adalah C (lihat gambar), Jika anda melihat 3 not hitam berdekatan maka not sebelum not hitam yang pertama adalah F.


Ok sekarang mari belajar tentang asas pembinaan kord di piano. Kebanyakan lagu menggunakan kombinasi kord major dan minor.Kesilapan utama bagi kebanyakan orang yang baru belajar piano atau gitar ialah mereka menghafal kord tetapi tidak tahu asas membina kord. Jadi banyak kord yang perlu dihafal tetapi jika anda tahu asas pembinaan kord, anda boleh bermain kord apa sekalipun tanpa perlu menghafalnya,

Ok apa itu kord? Kord ialah kombinasi 3 not yang dimainkan secara serentak. Secara asasnya ada 2 jenis kord yang selalu dimainkan iaitu Major dan Minor. Di piano  Kord selalunya dimainkan dengan jari 1,3 dan 5.lihat gambar dibawah.

Jadi untuk membina kord jari kanan no 1  letakkan di not kord tersebut. contohnya jika anda mahu membina kord C major, letakkan jari 1 di not C. Lihat gambar di bawah:






Jadi formula untuk membina kord major adalah '4-3'. Apa itu? itu adalah jarak antara not.Cuba lihat contoh diatas. untuk C major , not E jaraknya adalah 4 not dari C dan not G jaraknya 3 not dari E. Jadi jari 1 pada C, jari 3 pada E, dan jari 5 pada G.

Ok sekarang anda pula cuba. cuba bina kord F major. Gunakan formula di atas... anda berjaya membina kord tersebut? sila cek dengan gambar di bawah samada anda betul atau tidak.



Jadi menggunakan formula yang sama, jari pertama di F, 4 not dari F iaitu A di jari ketiga,dan 3 not dari A iaitu C di jari kelima.

Ok sekarang mari kita belajar membina kord minor pula. Formula untuk membina kord minor ialah '3-4'. Cuba lihat contoh C minor dibawah:






Seperti yang anda lihat dalam gambar diatas, jari pertama di C, 3 not dari c iaitu Eb di jari 3 dan 4 not dari Eb iaitu G di jari 5.

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment